INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENINGAU

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENINGAU
NURFARAHIN SYAZEERA, NURUL ASHIKIN, AIDA ATIQAH

Thursday, 4 September 2014

Definisi Media

         Media massa merujuk kepada radio, televisyen, suratkhabar, majalah, brosur, internet, telefon (SMS) dan segala sumber yang bersifat mengendalikan maklumat bagi masyarakat umum.
Media merujuk kepada alat yang mewujudkan interaksi sosial, politik, dan ekonomi dalam ukuran yang lebih moden. Media menyampaikan maklumat dan mendidik masyarakat serta menjadi medium perantaraan dalam sesuatu masyarakat. Media bukan sahaja merupakan cermin kepada masyarakat malahan media juga merupakan alat perubahan kepada sesuatu masyarakat.
         Dalam sistem demokrasi, media merupakan sumber primer dalam komunikasi massa. Media massa pada masa kini telah melalui arus globalisasi yang mana media kini bersifat universal dan tiada sempadan. Jenis dan fungsinya juga semakin canggih selari dengan perkembangan arus modenisasi pada masa kini. Media sebaran am sudah dianggap sesuatu yang lazim, perkara yang sebati dengan masyarakat manusia moden.
Hubungan Bahasa Melayu dengan Media
          Bahasa merupakan alat yang amat penting bagi menghubungkan semua rakyat dan bahasa juga memberikan banyak sumbangan terhadap media. Hal ini kerana untuk menyampaikan mesej sesuatu perkara itu melalui media, penggunaan bahasa terutamanya bahasa Malaysia haruslah dititikberatkan. Dengan begitu, penyampaian media akan lebih berkesan seterusnya dapat memartabatkan penggunaan bahasa Malaysia serta menjana kreativiti dan juga kualiti penggunaan bahasa Malaysia dalam kalangan masyarakat sejagat.
Jika kita dapat lihat dalam setiap aspek media seperti media massa mahupun media cetak, penggunaan bahasa yang baik dan yang dikatakan sebagai kesantunan bahasa semakin terhakis dari semasa ke semasa. Sebagai seseorang yang hidup pada zaman pasca merdeka ini, semakin ramai yang alpa tentang betapa pentingnya penggunaan bahasa dan juga perlakuan yang sopan serta budi bahasa yang ditunjukkan semasa dalam penggunaan media dan perkara ini sangat membimbangkan banyak pihak terutamanya kepada kanak-kanak seawal usia di mana mereka telah didedahkan dengan pelbagai aspek media dengan penggunaan bahasa yang kurang memuaskan. Penggunaan bahasa makian, bangga diri, memfitnah dan lain-lain menyumbang kepada kepincangan kualiti yang generasi akan datang dapat. Apatah lagi kanak-kanak yang baru sahaja setahun jagung telah didedahkan dengan televisyen dan fungsinya sekali. Jika ibu bapa itu merupakan ibu bapa yang tahu akan kepentingan penggunaan bahasa yang baik, pasti mereka tidak akan mendedahkan anak-anak mereka untuk terjebak dengan kesalahan yang jelas terpampang dalam media terutamanya televisyen dan juga komputer.
          Media berperanan dalam membentuk ”wacana akal sihat”. Apa yang diterbitkan di dada-dada akhbar akan menjadi bahan rujukan para pembaca, dan seterusnya menjadi rangka representatif perilaku atau cerita seterusnya. Hal ini bukanlah sikap yang bijaksana, kerana pembaca harusnya menganggap bahawa surat khabar tertentu adalah salah satu sumber berita saja, bukan segalanya. Oleh sebab itu, muncullah analisis krisis wacana untuk menyempurnakan analisis wacana sebelumnya. Wacana ini mengajar kita untuk berfikir dengan jernih, terbuka dan kritis, misalnya dalam analisis teks bahasa; praktis wacana dan juga analisis praktis sosiokultural.
Sumber maklumat: http://sofiansukentes.wordpress.com/2009/10/29/bahasa-dan-media-massa/

KONSEP KESANTUNAN BERBAHASA MASYARAKAT MALAYSIA 

  • Kesantunan berbahasa telah muncul sebagai suatu bidang pengkajian yang menarik dalam bidang sosiolinguistik. Kesantunan dalam konteks yang lebih luas tidak merujuk kepada kesantunan berbahasa semata-mata tetapi merujuk kepada aspek bukan verbal seperti tingkah laku, mimik muka, dan nada suara.
     
    PENDAPAT-PENDAPAT PARA TOKOH TEMPATAN DAN DUNIA TENTANG DEFINISI KESANTUNAN

     
    Lakoff (1957:64)

    Kesantunan ialah perlakuan yang mengurangkan pergeseran dalam sesuatu interaksi.
     
     
     
    Fraser dan Nolan (1981:96)

    Kesantunan berlaku apabila kontrak perbualan digunakan oleh penutur dan pendengar sebagai usaha untuk mengekalkan komunikasi yang harmoni tanpa menimbulkan sebarang konflik.

    Leech (1983:104)

    Kesantunan berupa perlakuan yang mewujudkan dan mengekalkan pengiktirafan diri dalam sesuatu interaksi sosial.

    Brown dan Levinson (B&L)

    Kesantunan adalah usaha untuk mengurangkan Tindakan Ancaman Muka (TAM) kepada pendengar.

    Asmah Haji Omar (2000:88)

    Kesantunan berbahasa ialah penggunaan bahasa sehari-hari yang tidak menimbulkan kegusaran, kemarahan dan rasa tersinggung daripada pihak pendengar.

    Bayraktaroglu (1997:5)

    Kesantunan merupakan perlakuan yang diamalkan untuk membina persefahaman bagi mengelakkan ancaman dan ketegangan yang boleh menyebabkan hubungan mereka yang terbabit dalam perbualan menjadi renggang.


    Berdasarkan pentakrifan beberapa tokoh diatas, dapatlah disimpulkan bahawa kesantunan merupakan kata-kata yang sesuai, tidak menimbulkan konflik dan sentiasa menjaga hati dan air muka pendengar. Orang Melayu yang berpegang pada ajaran Islam meletakkan setiap perlakuan dan tindakan sama ada berbahasa atau bukan bahasa sebagai satu nilai suci yang membolehkan manusia mendapat ganjaran pahala selagi perlakuan menjurus ke arah amar makruf nahi mungkar. Oleh itu, setiap perlakuan dan penggunaan bahasa yang datang daripada hati yang ikhlas  akan diterima sebagai perlakuan yang santun. Kesantunan dalam berbahasa juga boleh diwujudkan dengan mementingkan budaya dan masyarakat akan menunjukkan strategi kesantunan sesebuah masyarakat dengan jelas serta berkaitan dengan strategi budaya dan nilai masing-masing. Pemahaman dalam strategi kesantunan dalam kalangan masyarakat yang berbeza akan mendorong dan mengharmonikan masyarakat sejagat yang bertanggung jawab.
    Dalam pantun juga, unsur nasihat dan teguran telah diwujudkan, seperti pantun berikut:
    Sebab pulut santan binasa,
    Sebab mulut badan binasa.
    Yang kurik itu kundi, yang merah itu saga,
    Yang baik itu budi, yang indah itu bahasa.

    Sumber: Kesantunan Orang Melayu Dalam Majlis Pertunangan Edisi Kedua Karya Noriati A. Rashid

ISU MEDIA MASSA




ISU MEDIA MASSA
Remaja memainkan peranan yang penting dalam memacu negara pada masa akan datang. Jika mahu melihat corak masa hadapan negara, lihatlah pilihan warna remaja pada masa kini. Begitulah analogi yang menggambarkan jika remaja hari ini pincang, maka keadaan negara pada masa akan datang masih belum terjamin, begitulah juga sebaliknya. Tidak dinafikan, remaja semakin kurang santunnya dalam berbahasa, penggunaan kata-kata kesat dalam perbualan seharian ibarat sesuatu yang biasa. Faktor yang menyumbang kepada ketidaksantunan berbahasa remaja pada masa kini adalah pengaruh media massa.

Akibat keruntuhan di media massa telah menyumbang kepada kerutntuhan kesantunan dan budi bahasa dalam kalangan remaja. Media massa seperti televisyen banyak mempengaruhi pemikiran anak-anak remaja. Hal ini demikian kerana kanak-kanak tidak mampu membeza Antara yang baik dengan yang buruk. Televisyen menyiarkan gambar-gambar serta filem-filem yang bercanggah dengan budaya dan adat ketimuran. Anak remaja akan mudah terikut-ikut dan cuba meniru sifat-sifat yang dittunjukkan melalui televisyen, majalah dan seumpamanya. Justeru, tidak hairan terdapat remaja kita yang semakin berani melakukan perkara negatif seperti pembunuhan, jenayah seks dan sebagainya.
Malahan, pengaruh media massa juga menjadi salah satu punca berlakunya kes-kes buli. Pihak penerbitan drama atau filem selalu mengeluarkan drama atau filem yang berunsurkan pergaduhan dan berbahaya. Bagi pihak penerbitan,mereka tidak menghiraukan kesan kepada remaja apabila menonton aksi-aksi ganas dan berbahaya seperti pergaduhan, pembunuhan dan buli, tetapi mereka lebih mengutamakan keuntungan mengeluarkan filem tersebut. Tarikan filem berversi ganas dan aksi yang tidak bersantunan ini lebih difokuskan kepada penonton remaja. Mereka mudah terpengaruh dengan apa yang ditontoni dan tiru segala aksi yang ditayangkan tanpa memikirkan akibat daripada perbuatan mereka. Sambutan hangat oleh penonton-penonton remaja terhadap filem atau drama aksi ini menyebabkan stesen-stesen televisyen berlumba-lumba untuk mengeluarkan dan menyiarkan filem-filem aksi. Filem-filem yang tidak bersantunan ini akan menyebabkan remaja akan terpengaruh dan akan meniru aksi-aksi yang ganas dan seterusnya akan terlibat dengan kes-kes buli.’

CARA MENGATASI
Bagi mengatasi masalah ini, pihak kerajaan memainkan peranan yang amat penting sekali. Pihak kerajaan bertanggungjawab untuk mengawal konteks tayangan media massa seperti televisyen, surat akhbar, radio dan lain-lain bagi memastikan isi-isi media massa ini adalah bersantun dan sesuai untuk dibaca, dilihat dan didengar serta tidak akan menjejas kesantunan masyarakat. Selain itu, kerajaan harus menguatkuasakan undang-undang. Sebagai contohnya, semua media massa seperti televisyen, surat akhbar dan radio perlu mematuhi sukatan yang ditetapkan oleh kerajaan seperti kandungan yang tidak sesuai untuk ditayangkan harus dipotong. Sekiranya ada mana-mana pihak yang tidak mengikuti undang-undang ini, pihak kerajaan boleh menarik balik lesen media bagi pihak tersebut dan mengenakan hukuman yang setimpalnya.

Wednesday, 3 September 2014

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN MEDIA SOSIAL

Media Sosial Yang Sedang Hangat.







Media sosial pada masa kini mempunyai kebaikan dan keburukannya yang tersendiri tetapi ia bergantung kepada cara individu yang menggunakannya. Jika individu tersebut menggunakan cara yang betul,maka baiklah hasilnya. Jika tidak,buruklah akibatnya.


KEBAIKAN MEDIA SOSIAL

1.        Alat Perhubungan.

   Dalam era ini,media sosial amat penting sebagai alat perhubungan.Ini kerana ia dapat membantu dalam mengeratkan silaturrahim antara keluarga,rakan-rakan dan masyarakat.Sebagai contoh,jika seseorang individu berjauhan dengan keluarga dan rakan-rakan,mereka dapat berhubung secara terus melalui media sosial di samping dapat menambah rakan-rakan baru dan berinteraksi dengan menggunakan bahasa dan cara pertuturan yang baik sesama mereka.

2.        Alat Pemasaran Produk.

   Kepada peniaga-peniaga ‘online’ ,media sosial amat berguna kepada mereka kerana ia dapat membantu dalam memasarkan produk di samping memperkenalkan produk yang ingin mereka sajikan untuk pelanggan-pelangan yang suka membuat pilihan mengikut cita rasa masing-masing.Semakin banyak pilihan,semakin membuat pelanggan rambang mata sehingga tidak keruan untuk membuat pilihan.

3.        Alat Untuk Menyebarkan Ilmu Pengetahuan.

Tidak dapat dinafikan bahawa media sosial banyak membantu  dalam menyebarkan ilmu pengetahuan yang sangat meluas daripada penggunaan jalur lebar atau “Internet”.Segala maklumat dapat diperolehi dalam pelbagai bentuk dan cara.

4.        Alat Pemantauan.

   Melalui teknologi yang wujud di dunia ini,ibubapa dapat memantau anak-anak melalui media sosial dengan melihat segala perkembangan atau status-status yang dimuat turun oleh anak-anak mereka.Jika ada sesuatu yang tidak menyenangkan,mereka dapat menegur anak-anak mereka.Oleh itu,media sosial mampu membantu ibubapa untuk memantau anak-anak dengan lebih dekat jika mereka pandai untuk menggunakannya.
  

KEBURUKAN

1. MELALAIKAN
  Terlalu lama berdepan dengan teman-teman sosial hingga menyebabkan lupa dengan tanggungjawab. Ianya mampu menganggu tumpuan terutamanya jika anda menyertai ‘games’, ‘group provokasi/gossip’ dan sebagainya..

2. OBSES
   Berlakunya kegilaan terhadap laman sosial hingga sukar untuk berengang darinya.. Boleh juga menimbulkan kemarahan sekiranya diganggu ketika ber’sosial’ di laman tersebut. Tak mustahil ada yang menjadi gila disebabkan obses terhadap laman sosial..

3. TERHAKIS PERGAULAN SECARA REALITI
  Ramai yang memencilkan diri dan lebih menumpukan komuniti online berbanding offline. Sedikit sebanyak mengugat komuniti tempatan.

4. GANGGUAN KESIHATAN
  Sudah pasti akan memberi kesan kepada kesihatan samada fizikal ataupun mental. Ini kerana terlalu khusyuk mengadap komputer mampu memberikan impak buruk terhadap tubuh badan.

5. GANGGUAN OLEH INDIVIDU TIDAK DIKENALI
    Kadangkala ada individu yang tanpa disedari menceroboh peribadi. Sebab itu perlu berhati-hati dalam membenarkan mereka memasuki senarai kawan anda.