INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENINGAU

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENINGAU
NURFARAHIN SYAZEERA, NURUL ASHIKIN, AIDA ATIQAH

Thursday, 4 September 2014

ISU MEDIA MASSA




ISU MEDIA MASSA
Remaja memainkan peranan yang penting dalam memacu negara pada masa akan datang. Jika mahu melihat corak masa hadapan negara, lihatlah pilihan warna remaja pada masa kini. Begitulah analogi yang menggambarkan jika remaja hari ini pincang, maka keadaan negara pada masa akan datang masih belum terjamin, begitulah juga sebaliknya. Tidak dinafikan, remaja semakin kurang santunnya dalam berbahasa, penggunaan kata-kata kesat dalam perbualan seharian ibarat sesuatu yang biasa. Faktor yang menyumbang kepada ketidaksantunan berbahasa remaja pada masa kini adalah pengaruh media massa.

Akibat keruntuhan di media massa telah menyumbang kepada kerutntuhan kesantunan dan budi bahasa dalam kalangan remaja. Media massa seperti televisyen banyak mempengaruhi pemikiran anak-anak remaja. Hal ini demikian kerana kanak-kanak tidak mampu membeza Antara yang baik dengan yang buruk. Televisyen menyiarkan gambar-gambar serta filem-filem yang bercanggah dengan budaya dan adat ketimuran. Anak remaja akan mudah terikut-ikut dan cuba meniru sifat-sifat yang dittunjukkan melalui televisyen, majalah dan seumpamanya. Justeru, tidak hairan terdapat remaja kita yang semakin berani melakukan perkara negatif seperti pembunuhan, jenayah seks dan sebagainya.
Malahan, pengaruh media massa juga menjadi salah satu punca berlakunya kes-kes buli. Pihak penerbitan drama atau filem selalu mengeluarkan drama atau filem yang berunsurkan pergaduhan dan berbahaya. Bagi pihak penerbitan,mereka tidak menghiraukan kesan kepada remaja apabila menonton aksi-aksi ganas dan berbahaya seperti pergaduhan, pembunuhan dan buli, tetapi mereka lebih mengutamakan keuntungan mengeluarkan filem tersebut. Tarikan filem berversi ganas dan aksi yang tidak bersantunan ini lebih difokuskan kepada penonton remaja. Mereka mudah terpengaruh dengan apa yang ditontoni dan tiru segala aksi yang ditayangkan tanpa memikirkan akibat daripada perbuatan mereka. Sambutan hangat oleh penonton-penonton remaja terhadap filem atau drama aksi ini menyebabkan stesen-stesen televisyen berlumba-lumba untuk mengeluarkan dan menyiarkan filem-filem aksi. Filem-filem yang tidak bersantunan ini akan menyebabkan remaja akan terpengaruh dan akan meniru aksi-aksi yang ganas dan seterusnya akan terlibat dengan kes-kes buli.’

CARA MENGATASI
Bagi mengatasi masalah ini, pihak kerajaan memainkan peranan yang amat penting sekali. Pihak kerajaan bertanggungjawab untuk mengawal konteks tayangan media massa seperti televisyen, surat akhbar, radio dan lain-lain bagi memastikan isi-isi media massa ini adalah bersantun dan sesuai untuk dibaca, dilihat dan didengar serta tidak akan menjejas kesantunan masyarakat. Selain itu, kerajaan harus menguatkuasakan undang-undang. Sebagai contohnya, semua media massa seperti televisyen, surat akhbar dan radio perlu mematuhi sukatan yang ditetapkan oleh kerajaan seperti kandungan yang tidak sesuai untuk ditayangkan harus dipotong. Sekiranya ada mana-mana pihak yang tidak mengikuti undang-undang ini, pihak kerajaan boleh menarik balik lesen media bagi pihak tersebut dan mengenakan hukuman yang setimpalnya.

No comments:

Post a Comment