INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENINGAU

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENINGAU
NURFARAHIN SYAZEERA, NURUL ASHIKIN, AIDA ATIQAH

Wednesday, 3 September 2014

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN MEDIA SOSIAL

Media Sosial Yang Sedang Hangat.







Media sosial pada masa kini mempunyai kebaikan dan keburukannya yang tersendiri tetapi ia bergantung kepada cara individu yang menggunakannya. Jika individu tersebut menggunakan cara yang betul,maka baiklah hasilnya. Jika tidak,buruklah akibatnya.


KEBAIKAN MEDIA SOSIAL

1.        Alat Perhubungan.

   Dalam era ini,media sosial amat penting sebagai alat perhubungan.Ini kerana ia dapat membantu dalam mengeratkan silaturrahim antara keluarga,rakan-rakan dan masyarakat.Sebagai contoh,jika seseorang individu berjauhan dengan keluarga dan rakan-rakan,mereka dapat berhubung secara terus melalui media sosial di samping dapat menambah rakan-rakan baru dan berinteraksi dengan menggunakan bahasa dan cara pertuturan yang baik sesama mereka.

2.        Alat Pemasaran Produk.

   Kepada peniaga-peniaga ‘online’ ,media sosial amat berguna kepada mereka kerana ia dapat membantu dalam memasarkan produk di samping memperkenalkan produk yang ingin mereka sajikan untuk pelanggan-pelangan yang suka membuat pilihan mengikut cita rasa masing-masing.Semakin banyak pilihan,semakin membuat pelanggan rambang mata sehingga tidak keruan untuk membuat pilihan.

3.        Alat Untuk Menyebarkan Ilmu Pengetahuan.

Tidak dapat dinafikan bahawa media sosial banyak membantu  dalam menyebarkan ilmu pengetahuan yang sangat meluas daripada penggunaan jalur lebar atau “Internet”.Segala maklumat dapat diperolehi dalam pelbagai bentuk dan cara.

4.        Alat Pemantauan.

   Melalui teknologi yang wujud di dunia ini,ibubapa dapat memantau anak-anak melalui media sosial dengan melihat segala perkembangan atau status-status yang dimuat turun oleh anak-anak mereka.Jika ada sesuatu yang tidak menyenangkan,mereka dapat menegur anak-anak mereka.Oleh itu,media sosial mampu membantu ibubapa untuk memantau anak-anak dengan lebih dekat jika mereka pandai untuk menggunakannya.
  

KEBURUKAN

1. MELALAIKAN
  Terlalu lama berdepan dengan teman-teman sosial hingga menyebabkan lupa dengan tanggungjawab. Ianya mampu menganggu tumpuan terutamanya jika anda menyertai ‘games’, ‘group provokasi/gossip’ dan sebagainya..

2. OBSES
   Berlakunya kegilaan terhadap laman sosial hingga sukar untuk berengang darinya.. Boleh juga menimbulkan kemarahan sekiranya diganggu ketika ber’sosial’ di laman tersebut. Tak mustahil ada yang menjadi gila disebabkan obses terhadap laman sosial..

3. TERHAKIS PERGAULAN SECARA REALITI
  Ramai yang memencilkan diri dan lebih menumpukan komuniti online berbanding offline. Sedikit sebanyak mengugat komuniti tempatan.

4. GANGGUAN KESIHATAN
  Sudah pasti akan memberi kesan kepada kesihatan samada fizikal ataupun mental. Ini kerana terlalu khusyuk mengadap komputer mampu memberikan impak buruk terhadap tubuh badan.

5. GANGGUAN OLEH INDIVIDU TIDAK DIKENALI
    Kadangkala ada individu yang tanpa disedari menceroboh peribadi. Sebab itu perlu berhati-hati dalam membenarkan mereka memasuki senarai kawan anda.

No comments:

Post a Comment