Fraser dan Nolan (1981:96)
Kesantunan berlaku
apabila kontrak perbualan digunakan oleh penutur dan pendengar sebagai
usaha untuk mengekalkan komunikasi yang harmoni tanpa menimbulkan
sebarang konflik.
Leech (1983:104)
Kesantunan berupa perlakuan yang mewujudkan dan mengekalkan pengiktirafan diri dalam sesuatu interaksi sosial.
Brown dan Levinson (B&L)
Kesantunan adalah usaha untuk mengurangkan Tindakan Ancaman Muka (TAM) kepada pendengar.
Asmah Haji Omar (2000:88)
Kesantunan berbahasa
ialah penggunaan bahasa sehari-hari yang tidak menimbulkan kegusaran,
kemarahan dan rasa tersinggung daripada pihak pendengar.
Bayraktaroglu (1997:5)
Kesantunan merupakan
perlakuan yang diamalkan untuk membina persefahaman bagi mengelakkan
ancaman dan ketegangan yang boleh menyebabkan hubungan mereka yang
terbabit dalam perbualan menjadi renggang.
Berdasarkan
pentakrifan beberapa tokoh diatas, dapatlah disimpulkan bahawa
kesantunan merupakan kata-kata yang sesuai, tidak menimbulkan konflik
dan sentiasa menjaga hati dan air muka pendengar. Orang Melayu yang
berpegang pada ajaran Islam meletakkan setiap perlakuan dan tindakan
sama ada berbahasa atau bukan bahasa sebagai satu nilai suci yang
membolehkan manusia mendapat ganjaran pahala selagi perlakuan menjurus
ke arah amar makruf nahi mungkar. Oleh itu, setiap perlakuan dan
penggunaan bahasa yang datang daripada hati yang ikhlas akan diterima
sebagai perlakuan yang santun. Kesantunan dalam berbahasa juga boleh diwujudkan dengan mementingkan
budaya dan masyarakat akan menunjukkan strategi kesantunan sesebuah masyarakat
dengan jelas serta berkaitan dengan strategi budaya dan nilai masing-masing.
Pemahaman dalam strategi kesantunan dalam kalangan masyarakat yang berbeza akan
mendorong dan mengharmonikan masyarakat sejagat yang bertanggung jawab.
Dalam
pantun juga, unsur nasihat dan teguran telah diwujudkan, seperti pantun
berikut:
Sebab
pulut santan binasa,
Sebab
mulut badan binasa.
Yang
kurik itu kundi, yang merah itu saga,
Yang
baik itu budi, yang indah itu bahasa.
Sumber: Kesantunan Orang Melayu Dalam Majlis Pertunangan Edisi Kedua Karya Noriati A. Rashid
No comments:
Post a Comment